Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Waktu terus berlalu, lembaran demi lembaran telah dilalui...
Coretan demi coretan telah memenuhi...
Kadang-kadang tak bererti...
Kadang-kalanya tanpa makna...
Ataupun punyai hanya sedikit makna...
Semoga di tahun ini setiap lembaran memiliki makna...
Setiap lembaran bermanfaat...


Selamat Tahun Baru 2012...

Semoga lebih berjaya...


My First Entry

Salam perkenalan..

Ini entry pertama dalam blog "Memori Insan Biasa" ini. keinginan menulis blog ini tercetus apabila melihat blog Tuan Pengarah Pelajaran Pahang Tuan Yahya Zainal Abidin. Kalau seorang pengarah mempunyai masa untuk menulis blog apatah lagi saya sebagai insan biasa yang kesibukannya biasa-biasa sahaja. Ironisnya blog ini dicipta pada hari terakhir 2011 ini. Mungkin dalam entry yang berikutnya akan mencatatkan memori sepanjang 2011 yang bukan sedikit cabaran yang telah berjaya diatasi. Semoga kita dapat belajar sesuatu melalui pengalaman ini...