Monday 6 August 2012

Bulan Ramadhan penuh kenangan

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya dalam kehidupan ini. Tahun ini seperti tahun lepas ramdhan disambut dengan kepulangan anakanda tercinta. Bercuti selama dua bulan banyak membantu kami menjalani ramadhan ini. Dia menjadi driver opah dan datuknya di samping menjadi pemilih menu untuk berbuka puasa. 10 hari kepulangannya iaitu pada hari isnin yang lepas rumah dicerobohi perompak. kerana jet leg anakanda hanya tersedar bila pintu rumah telah terkopak di depan dan belakang. Nasib baik tidak sempat pencuri itu mengambil apa-apa barang. Namun kerugian yang ditanggung kerana pintu yang pecah dan grill yang rosak kerana diumpil mencecah juga ribuan ringgit. Kadang-kadang kita tidak berasa selamat di rumah sendiri. Syukur kerana Allah masih melindungi nyawa dan harta benda kami.

No comments:

Post a Comment