Wednesday 30 November 2016

CUTI SEKOLAH 2017

Cuti  tanpa mungkir datang lagi tahun ini. Bezanya tahun ini ia datang lewat dari kebiasaan.Banyak implikasi cuti dan ia berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Bagi seorang guru cuti merupakan satu masa yang ditunggu-tunggu. Ia masa mereka mempunyai ruang dan peluang untuk bersama keluarga selepas 10 atau 11 bula berada di bilik darjah. Namun ia sekadar angan-angan dan cita-cita yang sering tidak kesampaian.
         
         Pada awal cuti peperiksaan SPM dan STPM belum selesai,,maka perlu ada guru bertugas menjaga murid di dewan mahupun berada di sekolah andainya ada murid yang bermasalah. Lebih dari itu guru hadir ke sekolah untuk merasa debaran menghantar murid mereka ke dewan peperiksaan. Sekolah telah cuti namun kelas masih berjalan. Guru masih mengadakan kelas sehinggalah murid masuk ke dewan peperiksaan. Itulah permulaan cuti sekolah untuk guru saban tahun.

         Walau bagaimana pun selamat bercuti wahai guru

     

No comments:

Post a Comment