Sunday 1 January 2012

Kerinduan Seorang Ibu

Setelah hampir dua minggu tidak skpye dengan anakanda yang jauh di mata..menjelang tahun baru ini baru berkesempatan berbuat demikian. Walaupun hanya sembang-sembang kosong namun dapat menghilangkan kerinduan kepadanya..Dia kelihatan kurus berbanding 4 bulan yang lalu. Masih sibuk menyiapkan laporan makmalnya menjelang peperiksaan semester. Namun masih sempat bertanya tentang perancangan adik yang sedang menunggu keputusan..Anak gadis ini masih belum membuat keputusan tentang bidang yang akan diambilnya. Inilah remaja sekarang yang susah memilih bidang yang diminati. Bila dicadangkan mengikut jejak mamanya enggan pulak..Namun telah dinasihatkan menggunakan masa 3 bulan di PLKN untuk memikirkan masa depannya.

3 comments:

  1. biar lah kak long... nanti tau lah dia nak pilih apa ...
    insya allah...
    bagi masa untuk dia berfikir dan kecenderungan minatnya... wah ber blog sekarang.... kelas ....lah he he

    ReplyDelete
  2. ber blog untuk mengisi masa lapang dan bertukar fikiran..pembaharuan 2012...

    ReplyDelete
  3. bagus lah tu... ok lah kome follow blog kak long ni

    ReplyDelete